Salam dan hai,
Dalam Pengenalan Kepada Web Design, aspek ini merangkumi fokus dalam web design, design dari tiada hingga ada dan perancangan dan spesifikasi web, senireka web design, tujuan dan strategi dan juga isu penghasilan web.
Apa Yang Perlu Kita Fokus Dalam Web Design?
- Kita perlu tahu serba sedikit untuk membangunkan website dari permulaan selesai Merangkumi grafik, isi, sistem navigasi pengguna dan juga antaramuka web
- Kod boleh difahami dan mudah untuk diubah atau dibaiki pada bila-bila masa
- Penjenamaan nama domain dan host web juga penting
- Mengetahui pasaran web dan potensi sasaran pengguna
Design Dari Tiada Sehingga Ada
1. User
- Siapakah pengguna kita samaada kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa.
- Golongan sasaran ini penting untuk supaya kita dapat menentukan kandungan web secara tepat dan berhati-hati
2. Requirement
- Apakah keperluan yang diperlukan?
- Sama ada dari segi ilmu komputer seperti html dan grafik dan juga perkakas komputer yang diperlukan
3. Expectation
- Apakah mesej penting yang ingin disampaikan?
- Apakah elemen yang sangat diinginkan oleh pengguna
4. Browser
- Dapatkah website dilayari oleh semua pelayar web masakini seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan juga iPhone.
- Dapatkah elemen seperti kod dan grafik berjalan lancar apabila dilayari oleh semua pelayar web tersebut?
5. Platform
- Apakah platform web yang kita gunakan?
- Sama ada web portal, blog, forum, e-niaga atau sebagainya.
6. Connection Speed
- Kelajuan pelayar amat penting kerana kita dapat melihat sejauh mana isi web dapat dipaparkan pada waktu yang dikehendaki.
- Kod html dan kandungan grafik mempengaruhi kelajuan pelayar web untuk memaparkan kandungan tersebut.
7. Color
- Warna apakah kombinasi warna yang sesuai untuk web?
- Adakah kombinasi warna tersebut mengganggu penglihatan pengguna semasa melayarinya?
8. Font
- Pilihan font amat penting untuk memudah pengguna membaca atau mencari isi yang dikehendaki
- Warna dan jenis font turut mempengaruhi keselesaan pengguna
Perancangan Dan Spesifikasi Web
Apakah Tujuan Anda?
- Ketahui siapakah pengguna dan apa yang mereka mahu
- Terima kritikan dari pengguna untuk memajukan web
- Membuat senarai isi web bagi melicinkan kerja
Senireka Web Design
1. Persembahan Web
- Bagaimanakah isi dipersembahkan kepada pengguna secara visual
2. Struktur Web
- Isi disusun bagi memudahkan pengguna untuk memahami apa yang disampaikan
3. Hasil
- Bagaimanakah isi yang disampaikan memberikan hasil untuk pengguna
Tujuan Dan Strategi
- Apakah tujuan anda?
- Bagaimanakah penghasilan web mencapai misi anda?
- Apakah tujuan yang paling utama?
- Siapakah pengunjung utama untuk web anda?
- Apakah yang anda inginkan pengunjung untuk berfikir?
- Apakah strategi yang digunakan?
- Bagaimanakah anda mengukur kejayaan web anda?
- Bagaimanakah anda maintain web?
Isu Penghasilan Web
- Berapa banyak muka web yang anda perlukan?
- Apakah keperluan secara teknikal yang diperlukan?
- Berapakah peruntukan wang untuk web?
- Jadual penghasilan web
- Siapakah orang yang terlibat dalam pembangunan web?
