Salam dan hai,
Sebelum kita belajar blogging offline guna WordPress, kita mesti perlukan software untuk run atau access blog secara offline. Software pertama ialah pelayar (browser): Internet Explorer, Mozilla Firefox atau Opera. Software kedua ialah XAMPP. Bagi yang tidak pernah XAMPP itu software apa sebenarnya, XAMPP adalah singkatan bagi X (Biasanya orang putih panggil sebagai cross), A (Apache), M (MySql) dan P (Perl). Pening kepala ke?. XAMPP ialah adalah gabungan sofware atau Cross Platform Apache MySql Perl Php. Sudah! Korang tak faham pasal XAMPP pun x pe, tidak perlu paham semua pasal XAMPP, yang perlu kita faham adalah fungsi yang asas atau fungsi XAMPP yang bersangkut paut dgn blog (WordPress).
Kebaikan Blogging Secara Offline
Secara lazimnya, blogging secara offline banyak kebaikannya:
1. Tidak perlukan line internet
So bagi yang selalu lagging internet sebab guna Celcom dan sewaktunya, bagus untuk belajar blog secara offline.
2. Jimat kos
Memang tidak dinafikan jimat kos. Tidak perlu belanja duit gi CC, habiskan duit topup broadband dengan kena caj lebihan broadband.
3. Jimat masa dan tenaga
Masing2 nak tunjuk gaya atau skill masing2 taip entry. X perlu taip bila ada internet connection. Tinggal copy paste je kalau dah ada internet connection. Kalau nak cari idea time internet ada, tiba-tiba line internet lagging, habis idea dengan korang jadi lagging.
4. Banyak masa untuk testing
Bagi yang kaki testing theme atau plugin, inilah peluang keemasan untuk testing benda-benda tu. Entri yang dah post kat internet jadi selamat jika berlaku file corrupt kat blog offline.
Software Penting
Software yang perlu didownload terlebih dahulu:
1. WordPress http://wordpress.org/download/
2. XAMPP http://www.apachefriends.org/en/xampp.html
Cara Download WordPress
1. Klik link ini: http://wordpress.org/download/
2. Download WordPress 2.9.2 dengan menekan button pada web wordpress seperti di bawah. Save file tersebut di desktop untuk memudahkan kerja.

Cara Download XAMPP
1. Klik link ini http://www.apachefriends.org/en/xampp-windows.html
2. Scroll page web tersebut sehingga jumpa item seperti gambar di bawah, kemudian klik link tersebut untuk download. Save file di desktop bagi memudahkan kerja.

Cara Install XAMPP
1. Klik icon Xampp yang sudah didownload ke dalam desktop anda.
2. Paparan windows akan muncul seperti di bawah ini. Sila setkan C:\ kepada local disk atau harddisk lain. Ini bertujuan untuk mengelakkan C:\ anda penuh atau dikhuatiri pc anda mempunyai virus. Software XAMPP TIDAK mengandungi virus. Jika ada virus, kemungkinan besar bergantung anda surfing di mana contohnya di cybercafe atau sebagainya. Setkan C:\ kepada hardisk lain seperti D:\ , E:\ atau F:\ atau mengikut partition harddisk yang anda anda. Kemudian, klik INSTALL. Jika pc anda cuma ada C:\ sahaja, teruskan untuk klik INSTALL.
3. Paparan windows akan keluar seperti di bawah. Tekan enter pada keyboard.
4. Paparan menu di bawah menunjukkan menambah icon di desktop. Taip huruf y dan tekan enter.
5. Should I proceed? Taip y untuk yes dan tekan enter.
6. Untuk paparan di bawah, taip n untuk no kemudian tekan enter. Ini bagi memudahkan proses xampp menjadi portable dan backup data.
7. Paparan akan menjadi seperti di bawah. Tekan enter untuk teruskan.
8. Taip x untuk exit dan tekan enter.
9. Tahniah kerana anda sudah berjaya install XAMPP.
Cara Install WordPress Di XAMPP
1. Run XAMPP dengan klik icon di desktop seperti gambar di bawah.
2. Tekan butang Start bagi Apache dan Mysql seperti gambar di bawah.
3. Anda akan mendapat paparan seperti ini.
4. Buka Internet Explorer/Mozilla Firefox/Opera. Taip localhost atau http:// di browser anda. Anda akan mendapat paparan seperti di bawah. Sekiranya anda mendapat paparan seperti di bawah maksudnya anda telah berjaya run XAMPP.
5. Unzipkan WordPress yang telah didownload dan anda akan mendapat folder wordpress seperti di bawah. Right-click pada folder WordPress dan tekan copy.
6. Buka F:\xampp\htdocs jika anda menggunakan drive F: . Jika anda guna drive C, D, E dan sebagainya, cuma tukar huruf F kepada huruf drive yang ada guna. Right-click dan tekan paste file di sini.
7. Pastikan folder WordPress berada dalam folder htdocs seperti di bawah.
8. Balik semula ke Internet Browser anda, di laman http://localhost/xampp/splash.php , tekan link English.
9. Paparan akan menunjukkan perkataan XAMPP 1.7.3. Congratulations! You have successfully install… Tekan phpMyAdmin seperti di bawah.
10. Taipkan wordpress_db di ruang seperti di bawah. Kemudian tekan create.
11. Syabas kerana anda telah berjaya mencipta database wordpress. Buktinya seperti dalam bahagian nombor 1 di dalam gambar. Seterusnya, tekan privileges.
12. Paparan berubah seperti di bawah. Tekan Add a new user. Tujuannya untuk memberikan anda sebagai user untuk mengawal blog.
13. Ikut turutan nombor seperti di bawah. 1) Taip wordpress_user 2) Tekan arrow 3) Tekan local.
14. Sila lihat betul-betul. 1) Perkataan localhost muncul secara automatik menandakan anda telah memilih local host. 2) Taipkan perkataan password ke dalam ruangan password. Maksud saya taip perkataan ini sebijik —> password ke dalam ruangan password. Jangan letak password lain seperti 123, iloveyou atau sebagainya (Contoh). Taip sahaja perkataan password betul-betul. Passwordnya adalah password dan passwordnya bukannya 123, iloveyou seperti yang saya katakan tadi. Ini bagi memudahkan kerja anda. Sebentar lagi anda melihat keajaiban yang akan berlaku.
15. Apabila melihat gambar di bawah jangan ubah apa-apa terlebih dahulu. 1) Lihat perkataan localhost. Tiada perubahan kan? 2) Tekan generate, keajaiban akan berlaku di nombor 3. 3) Perkataan password menjadi lebih panjang. Jangan risau tentang ini sebab kita akan guna yang dalam nombor 4. 4) Copy ayat kod yang muncul di bahagian ini dengan menekan butang copy. Paste kan ayat kod ini sementara di microsoft word atau notepad dan save.
16. Skrol page ke bawah. Tekan Check All, list di bawah akan ditanda secara automatik, kemudian tekan Go.
17. Paparan seperti di bawah akan muncul. Jika anda dapat paparan seperti di bawah, ini bermakna anda telah berjaya untuk setup/install database WordPress di dalam XAMPP.
Sambungan Setup/Install WordPress Offline
1. Buka folder F:\xampp\htdocs\wordpress sekiranya disimpan dalam Folder F. Jika anda menggunakan partition harddisk seperti C:\, sila guna C:\, bergantung di mana anda simpan Folder XAMPP. Right-click pada file wp-config-sample.php, kemudian tekan rename. Namakan file wp-config-sample.php sebagai wp-config.php. Selepas ini, kita akan guna file yang baru direname tadi.
2. Right-click pada file wp-config.php, kemudian tekan Open With Notepad.
3. Seperti gambar di bawah, tukarkan ayat di bawah menjadi berikut:
‘putyourdbnamehere’ kepada ‘wordpress_db’
‘usernamehere’ kepada ‘wordpress_user’
‘yourpasswordhere’ kepada ‘XVASDFASF’ <— bergantung pada password yang anda generate sebelum ini yang sudah disave dalam Microsoft Word atau Notepad. ‘XVASDFASF’ sekadar contoh sahaja.
4. Taip http://localhost/wordpress/wp-admin/install.php pada internet browser anda seperti di bawah. Jika tidak sama seperti paparan di bawah, maksudnya anda mungkin tersilap langkah pada langkah-langkah yang sebelum ini. Mungkin anda tersalah taip perkataan database atau sama waktu dengannya. Isi ruangan di dalam page ini dan tekan Install WordPress. Jangan risau tentang email, taip sahaja email original anda. Password tidak akan disend ke dalam email anda kerana kita sedang buat WordPress Offline.
5. Berjaya! Paparan seperti di bawah akan muncul. Copy detail di bawah ini seperti password. Perkataan admin mudah sahaja diingati, jadi kita tinggal copy paste password yang akan muncul di page anda. Kita akan guna password itu selepas ini.
6. Paparan ini akan keluar. Taip admin di username dan paste password yang baru di copy tadi dan tekan Log in.
7. Paparan dashboard akan muncul. Tekan Yes, Take me with my profile page untuk mengubah atau menetapkan password baru.
8. Skrol page ke bawah sehingga jumpa paparan di bawah. Taip password baru dan tekan Update Profile.
9. Blog offline anda sudah siap. Taip http://localhost/wordpress/ untuk melihat blog anda. Paparannya seperti di bawah.
10. Untuk lihat blog taip http://localhost/wordpress/ . Untuk edit blog, taip http://localhost/wordpress/wp-admin/ .
Sekiranya anda mengalami masalah atau kemusykilan, jangan segan sila menghubungi saya di nurrozaini@gmail.com atau ikut sahaja perkembangan di blog ini. Terima kasih.
Selamat Mencuba!


































wow nice tutorial bro..sy penah try joomla aje pkai xampp nie..
sng nk blajar, xda internet pun xpa..
tp klau nak ada pgunjung, kn publish kat web hosting jgk kan??
betul tu affizat. belajar wordpress atau joomla offline tu langkah paling selamat sebelum beralih ke self hosting. Ada banyak kelebihan buat secara offline. Yang best kita boleh testing theme or plugin offline, so kita dapat detect error yang bakal terjadi sekiranya berlaku. Selepas ini, saya mahu cuba joomla pulak.
Pingback: Cara Exit XAMPP WordPress Offline | RozaniGhani
tutorial yang menarik.. pasang server di pc memang bagus kalo nk test theme, plugin2.. takde la mengganggu blog yg ade kt webhosting.. ramai blogger yg ada masalah dgn theme dan plugin yg corrupt.. pastu menggelabah tak tau camne nak setelkan masalah tu.. better test dulu di server offline ni sebelum upload ke webhosting..
xampp (recommended) / wampserver / easyphp
pilih je yg mane berkenan..
Pingback: Edit theme Wordpress di localhost | Anarm.Net
bagus2 aku suka tutorial dengan gambar ni ~I like
Perfect Tutorial !!
Thanks !!
memang lengkap dnegan Screen Print !!
Tutorial yang memang details. Banyak ilmu bole dapat nih.. Great effort and buat la selalu
tak pernah lagi try..mb akan ditry..hehe
nice sharing.banyak ilmu aku dpt dari entri ni. thanks.
baru je aku tercari-cari tutorial untuk buat wordpress offline.
sudah kujumpa!
terima kasih.
p/s: anarm yang membawa aku ke sini. tq too.
terima kasih bro di atas tutorial ni,aku bookmark dulu yer page ni,senang skit untuk buat rujukan
Pingback: 10 Sebab Kenapa Anarm Menggunakan Internet | Anarm.Net
Tq bro…post yang bermanfaat…
dpat link pn dari anarm.net..
tq both..heh..:)
Satu informasi yg berguna untuk para blogger..lps ni nak bookmark utk rujukan..
.-= zul´s last blog ..EBOOK KEPADA YANG BARU NAK JADI BLOGGER =-.
Aku Tekan Apache
Tu dan tekan start tapi takde tulis running pon
walaupon ada ayat kat bawah
Apache service started
Tapi Mysql boleh jek
ada clash dengan software lain x? software mcm WAMP atau sebagainya akan clash dengan XAMPP.
Nizam6281, saya pernah terjadi. bila klik Start button untuk Apache tapi tak run kan? . Nizam ada guna Skype x? Apache x boleh start sebab gangguan port 80 yang turut digunapakai oleh Skype. so kira line busy la… cuba off Skype… confirm boleh.
sori lambat reply. Biasanya saya biarkan port tu kosong.
Port biasanya random dan adakalanya default.
Untuk localhost, port kena biarkan kosong.
Untuk localdomain, baru kena isi port.
Pingback: Review Penggunaan Plugin RG 2010 | RozaniGhani
salam..
hurmm…tutorial yg bagus!tahniah! seha nak ade pengunjung..so ajarkan laa cara-cara nk publish kat web hosting..kat office ade server ley la gunakan… hope dapat bantu…
Wow,Nice Tutorial Bro…tutorial macam nie yang senang nak ikut siap dengan gambar lagi. Kalau macam nie hari2x..lah saya tengok Blog bro nie….hehehee…(^_^)