Bitnami Cara Mudah WordPress Offline

Salam dan hai,

Kali ini saya akan menunjukkan tutorial cara mudah blogging WordPress Offline guna Bitnami. Pada tutorial yang lepas, saya telah membuat tutorial blogging WordPress offline guna XAMPP.

http://www.rozanighani.com/2010/03/belajar-blogging-offline-guna-wordpress/

Ok. Sekarang kita mari kita berkenalan dengan Bitnami terlebih dahulu. Bitnami adalah perisian yang sama seperti XAMPP, cuma bezanya adalah Bitnami Stack dan Bitnami Module. Bitnami Stack adalah perisian yang mudah, cuma tinggal untuk klik dan teruskan klik. Bitnami Module pula adalah modul perisian yang berasingan dari Bitnami. Untuk menggunakan Bitnami Module, kita perlukan mendapatkan WAMP, MAMP atau LAMP dari Bitnami. Kebanyakan pengguna menggunakan Windows, jadi kita patut guna WAMP.

Untuk memudahkan cara, kita guna sahaja Bitnami Stack untuk WordPress. Lebih menjimatkan masa dan mudah diselenggara berbanding XAMPP.

Ok. Mari kita mulai… Tutorial WordPress Offline Guna WordPress Bitnami Stack

1. Klik link ini di bawah dahulu untuk download WordPress Bitnami Stack. (Jangan risau, ia dibuka pada new tab atau new windows)

http://bitnami.org/stacks

Tarik skrin ke bawah seperti anda jumpa paparan seperti gambar di bawah. Kemudian, klik logo WordPress seperti di bawah.

2. Paparan muka akan muncul seperti gambar di bawah. Bagi memudahkan tutorial, kita akan download WordPress 2.92 Stack seperti gambar di bawah. Save file tersebut di dekstop bagi memudahkan kerja.

3. Setelah siap download, klik installer seperti di bawah untuk install Bitnami WordPress Stack.

4. Paparan windows akan muncul seperti di bawah. Kita cuma tinggal klik Next.

5. Sekali lagi klik Next.

6. Select Folder akan menunjukkan C:\Program File\Bitnami WordPress Stack . Bagi memudahkan tutorial, biarkan sahaja folder ditetapkan seperti di bawah dan klik Next.

7. Paparan akan muncul seperti di bawah. Isi ruangan berikut mengikut kehendak anda. Anda boleh meletakkan emel di dalam ruangan tersebut kerana emel tidak akan mengganggu tutorial yang kita akan buat.

8. Ini adalah bahagian yang paling PENTING untuk melancarkan wordpress offline. Letakkan 127.0.0.1 di bahagian Hostname. 127.0.01 adalah default atau setting utama untuk melancarkan wordpress offline atau apa-apa sahaja software atau game offline. AMARAN: JANGAN main hentam letak nombor IP sebab orang lain akan menjadi mangsa jika nombor IP disalahgunakan. Klik Next selepas meletakkan nombor IP 127.0.01.

9.  Anda sudah siap configure wordpress offline. Sekarang anda sudah bersedia untuk install Bitnami WordPress Stack, klik Next untuk teruskan.

10. Paparan windows akan menjadi seperti di bawah. Jangan risau jika ia mengambil masa yang lebih lama untuk install. Ini bergantung kepada RAM atau harddisk anda. Jika ada muncul paparan DOS yang berwarna hitam, biarkan sahaja kerana ia diperlukan untuk install Bitnami.

11. Paparan di bawah akan muncul, klik Unblock.

12. Paparan di bawah akan muncul, klik Unblock.

13. Install sudah siap. Pastikan tanda right pada Launch Bitnami WordPress Stack sudah di tick seperti gambar di bawah. Klik Finish.

14. Buka Internet Explorer atau Mozilla Firefox. Taip http://127.0.0.1/ untuk mendapat paparan seperti di bawah. Klik Access Bitnami WordPress Stack untuk teruskan.

15. Paparan akan menjadi seperti di bawah. Kaedah lain, anda juga boleh taip http://127.0.0.1/wordpress/ untuk dapatkan paparan seperti di bawah. Untuk Log in, tarik page ke bawah, klik Login in masuk ke paparan Admin WordPress.

16. Paparan akan menjadi seperti di bawah. Masukkan username dan password yang anda telah tetapkan di awal tutorial tadi. Jika tidak dapat, guna Admin sebagai Username dan masukkan Password yang anda telah tetapkan di awal tutorial tadi. Ok sudah siap. Anda telah siap untuk blogging WordPress secara offline. Jika anda tidak suka software ini, anda boleh sambung ke cara nombor 17 untuk uninstall. Jika anda berminat software Bitnami, abaikan cara nombor 17 dan cara seterusnya.

17. Untuk uninstall, taip C:\Program Files\Bitnami WordPress Stack . Cari Uninstall.exe kemudian klik.

18. Klik Yes untuk meneruskan Uninstall.

19. Uninstall sudah siap.

Kesimpulan:

Bitnami lebih mudah berbanding XAMPP.

Pendapat Peribadi RG:

  • Bitnami sesuai untuk sesiapa yang agak kurang mahir dalam bahagian install software.
  • Saya lebih suka XAMPP walaupun XAMPP agak rumit sedikit untuk install.

Sekiranya anda mengalami masalah atau kemusykilan, jangan segan sila menghubungi saya di nurrozaini@gmail.com atau ikut sahaja perkembangan di blog ini. Terima kasih.

Selamat Mencuba!

About RG

My name is Mohd Rozani Abd Ghani. Call me Rozani or RG. I like to test and modify CMS, theme and plugins. If you have any problems, I will try my best to assist you.
This entry was posted in Tips, Tutorial, WordPress and tagged , , , . Bookmark the permalink.

0 Responses to Bitnami Cara Mudah WordPress Offline

  1. Anjung Web says:

    perisian Bitnami ni memang sesuai sangat la untuk beginner WordPress. Tak pening kepala…

  2. RG says:

    Tapi yang tak best pasal bitnami ni, bitnami tak ada on off button macam XAMPP. Bitnami akan terus run walaupun tak pakai Bitnami.

  3. a1zudd1n says:

    tak berapa nak paham lak..huh

  4. RG says:

    aizuddin ada sangkut kat cara nombor berapa? Atau aizuddin tidak faham apa tujuan wordpress offline? sila contact @ email saya nurrozaini@gmail.com

  5. ya Allah.. windows zaman apa ko pakai ni..

    ehem.. sepanjang hidup saya, saya suka pakai easyPHP, WAMP ngan XAMPP je.. malas nak pakai yang laen

  6. Anarm says:

    Bitnami ni localhost utk script wordpress je ke camne? tak paham..
    aku kadang2 pasang script bende2 lain gak kat localhost..
    rasa mcm rumit plak Bitnami.. hehe.. lebih selesa menggunakan XAMPP..

  7. RG says:

    Anarm, ko dah kena CLI error ke? CLI error cuma muncul bila kita install XAMPP lepas tu kita install Bitnami. Bitnami tu bagus bila kita simpan terlampau banyak database contohnya ada joomla, forum, wordpress dalam XAMPP. Kan pening kepala kalau guna XAMPP kalau dah sampai 3 CMS. Bitnami install folder asing-asing mengikut cms yang kita mahu. Contohnya http://127.0.0.1/wordpress/ dan http://127.0.01/phpbb. http://127.0.0.1 lalau diganti dengan http://localhost/ . Saya akan solve problem dalam entri akan datang.

  8. kasih says:

    sy dah ikut tutorial ni..sume step sy dah buat..tp lepas step no.7 die mintak port utk apache..macm mane nak buat? sume nombor dah letak..sume tak boley..

    • RG says:

      awak ada guna selain bitnami ke? cthnya mcm wamp, xamp, appserv, apache dan sewaktunya dengannya, benda2 ini sebenarnya akan mengganggu bitnami. Jika awak tidak ada benda2, tidak mengapa sbb benda2 ni tak penting pun. So, sila berikan screenshot dan email kpd saya nurrozaini@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>