FDM Alternatif Download Manager

Salam dan hai,

Saya akan mengulas serba sedikit tentang Download Manager. Download Manager merupakan perisian yang dapat download apa-apa file seperti doc, pdf, movie dan sebagainya. Antara Download Manager yang popular adalah DAP (Download Accelerator Plus) dan IDM (Internet Download Manager). Walaubagaimanapun, DAP dan IDM adalah perisian berbayar, jadi saya tidak galakkan anda untuk crack perisian sebegini walaupun anda mahir mencrack perisian. Jadi sekarang, saya menggunakan FDM (Free Download Manager).

Pengalaman Guna DAP

Pertama sekali, saya akan memperkenalkan DAP terlebih dahulu. DAP adalah perisian keluaran speedbit.com. DAP dapat didownload secara percuma dan boleh diupgrade kepada premium jika anda membeli DAP. DAP Premium dapat dibeli USD 29.95. Walaubagaimanapun, saya lebih berminat untuk menggunakan perisian percuma.

DAP percuma lebih terhad kepada beberapa download sahaja. Maksudnya, jika anda download sesuatu file, hanya beberapa file sahaja yang dapat didownload pada maksimum atau optimum speed jika guna DAP percuma. DAP Premium sahaja yang dapat mendownload file pada optimum speed. DAP hanya sesuai digunakan kepada pengguna yang menggunakan talian tetap atau fixed line seperti Streamyx Broadband.

Saya mula menggunakan DAP percuma pada sekitar tahun 2005 dan 2006. Mengikut pengalaman saya, DAP dapat berfungsi pada parallel download, maksudnya jika anda mempunyai banyak fail untuk didownload secara serentak contohnya 5 file, maka anda dapat download 5 file serentak.

Jika sesuatu file itu bersaiz 1 Mb atau 2 Mb ke bawah, saya akan download seperti biasa tanpa menggunakan DAP. Ini kerana saya akan reserve file yang besar untuk didownload memandangkan DAP ini agak cerewet dan belum tentu berkesan jika digunakan pada file besar.

Download DAP:

http://www.speedbit.com/dap/download/

Pengalaman Guna IDM

Saya rasa tidak perlu saya memperkenalkan IDM memandangkan ramai pengguna sudah menggunakan IDM. Saya menggunakan IDM pada sekitar tahun 2007-2008. Saya gunakan IDM untuk download file yang besar seperti client game MMORPG (Massively Multiplayer Online Role Playing Game) yang berukuran 600MB. Saya telah download file ini menggunakan Streamyx Broadband. File ini mengambil masa kira 3 jam untuk download pada awal-awal saya mula mendownload file ini.  Kelemahan IDM yang terbesar adalah jika sesuatu file mengambil masa 3 jam untuk download, masa yang diperlukan untuk download sebenarnya bukanlah 3 jam tepat. Akhirnya, saya dapat download file ini dalam masa lebih kurang 6 jam. Timer yang menunjukkan 3 jam biasanya selalu berubah-ubah, ini membuatkan saya benci guna IDM. Jika menggunakan IDM, adalah digalakkan untuk standby double timing maksudnya jika file itu perlu 3 jam untuk download, anda perlu standby 6 jam untuk download. Maka tidak sesuai anda gunakan IDM di cybercafe.

Saya pernah crack IDM tetapi amat rugi jika diinstall di Windows Vista atau Windows 7. IDM akan mudah diblacklist di OS berikut. IDM juga mudah blacklist jika anda cuba update IDM.

Download IDM:

http://www.internetdownloadmanager.com/download.html

Pengalaman Guna FDM

Saya sudah guna FDM sejak tahun 2005 semenjak FDM mula diperkenalkan. Apa yang saya dapati, FDM ini mempunyai fungsi asas sama seperti IDM dan DAP. Perkara yang buat saya suka guna FDM sehingga sekarang adalah FDM dapat digunakan secara portable. Tambahan pula, FDM ada 2 jenis iaitu FDM dan juga FDM Lite. Biasanya saya menggunakan FDM Lite jika berada di cybercafe atau lab computer. FDM juga adalah perisian sumber terbuka iaitu open source. FDM lebih stabil berbanding DAP dan IDM. IDM dan DAP akan membuatkan pc anda hang seketika semasa mendapatkan “Save As File” jika guna pc yang kurang mantap performance.

Download FDM:

http://www.freedownloadmanager.org/download.htm

About RG

My name is Mohd Rozani Abd Ghani. Call me Rozani or RG. I like to test and modify CMS, theme and plugins. If you have any problems, I will try my best to assist you.
This entry was posted in Open Source, Portable, Software and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>