Kisah Benar Belajar Menaip Sejak Kecil

Salam dan hai,

Saya mula belajar menaip sejak tahun 1994. Masa itu saya masih nakal lagi mentah.  Nakal saya masa itu tahap sampai baling typewriter sampai pecah. Bapak time tu mengamuk pastu aku kena taip balik kerja dia. Masa tu zaman typewriter lagi. Ayah cikgu so ayah aku hantar aku kat satu cikgu komputer untuk belajar menaip.

Time tu, Microsoft Office belum ada lagi oi! Windows 3.1 mana ada Microsoft Office. Masa tu mana Windows 95 lagi beb! Start Windows pun ikut DOS dulu pastu kena gi Main Menu kat DOS sebelum gi Windows. Nak shut down Windows pun kena gi DOS dulu. Dah la disket time tu bapak besar gila macam kad raya harga dua tiga ringgit. Flooppy Disk B untuk disket besar macam kad raya dan Floopy Disk A untuk disket kecik.

Agak-agak la belajar menaip time tu, dah la guna Word Star, skrin biru pulak tu. Nasib baik la font putih. Sama macam ruangan korang taip entri. Dah la icon tak ada, kena hafal control macam-macam. Sakit gila. Nasib baik time tu aku kecik lagi, otak masih bersih so senang la aku nak hafal.

Ini yang mula-mula cara aku belajar menaiap. Letakkan jari telunjuk kiri di huruf “F”, alah huruf “F” ada garit line kat keyboard tu. Pastu jari hantu kiri kat “D”, jari manis di “S”, jari kelinking di “A” dan ibu jari standby di space bar.  Tangan kanan sama jugak cuma jari telunjuk start kat huruf “J”, pastu jari lain ikut sama macam jari kiri cuma songsangkan kiri ke kanan.

Ini yang 1st aku belajar taip. Ini aku taip:

asdfg ;lkjh asdfg ;lkjh asdfg ;lkjh ……

Taip berulang-ulang sampai la jadi satu page. Ini dimudahkan cerita.  Pastu kena taip 5 page lagi. Habis tangan aku jadi macam labah-labah, macam spiderman pun ada. Krem jari aku. Sakit mata ada, kejap tengok keyboard, kejap tengok skrin, skrin biru pulak tu. Paham-paham je la, WordStar tu skrin biru.

pastu aku sambung lagi belajar taip ni :

qwert poiuy qwert poiuy qwert poiuy qwert poiuy ……….. sampai la 5 page.

Cara yang ini, jari telunjuk kiri kat huruf “R” dan jari telunjuk kanan kat huruf “U”.

Yang ni lagi, ayoyo. Kali ni khatam terus basic taip guna keyboard. Kena taip ni pulak:

zxcvb /.,mn zxcvb /.,mn zxcvb /.,mn  sampai la 5 page.

Akhirnya aku dah master basic asas menaip. Pastu cikgu aku belasah aku taip peribahasa pulak. Taip satu page. Adoi. Dalam 5 peribahasa pulak tu, tali kecapi la, anak murid kencing lari, cikgu kencing diri, macam-macam lagi. 1 peribahasa ulang sampai 5 page, setiap peribadi pulak tu. Adoi. Last-last, dia ajar aku skill rumit pulak asdfg ;lkjh siap ada bold dengan italic pulak tu. Adoi. Kebas tangan aku. Last-last time kepala aku agak bijak sebab aku ada praktis main-main guna tekan control, jumpa control + v tapi hampeh dah last minute baru aku tau. Pastu aku buat la copy paste, kena belasah pulak dengan cikgu aku taip cerpen pulak…. adoi.

Time taip cerpen pulak, cikgu aku saiko aku. Dia taip tak tengok keyboard langsung. Steady je dia taip tak tengok keyboard langsung, siap toleh kiri kan pulak tu. Pastu dia siap pejam mata  sama macam orang buta sambil menaip. Time ni aku bersemangat gila nak belajar menaip betul sampai tahap menaip macam orang buta.

So, selepas itu, aku dibelasah oleh ayah aku, kena taip surat-surat sekolah dia. Maklumlah, ayah aku cikgu. Kecik-kecik lagi aku dah jadi hacker walaupun belum ada line internet Jaring lagi time tu. Habis aku godam habis-habis Windows 3.1 siap aku format windows sendiri guna disket yang besar macam kad raya bodoh tu.Bangga betul time tu, kecik-kecik lagi dah format pc.

Tapi tak tahan jadi kuli taip kat rumah. Bila zaman internet dah ada, masa tu Jaring lagi, aku dah start MIRC, skill menaip bertambah mantap. Pastu dah boring, ICQ pulak, MSN messengger la, YM la. Dah penat la layan benda-benda macam tu. Orang jadi hairan macam mana aku taip banyak2.

Pastu, ada pulak game TypeShark. Kurang sikit aku chatting MIRC.  So, aku main la TypeShark. Habis semua level aku bantai dari level Beginner sampai level terlebih Expert. Pastu boleh track berapa speed aku taip dalam Word Per Minute (WPM). Rekod tertinggi pernah aku pegang 150 WPM, time emosi gila nak potong speed main adik aku. Adik aku laju menaip cam aku gak.

Kalau takat menaip surat, biasanya 2 minit je sekarang. Boleh standby masak maggi kat tepi. Kalau nak kerja jadi reporter dengan journalist, kena menaip la jugak. So kalau dah laju gila menaip, masa boleh habis banyak kat interview orang je.

Alhamdulillah, sekarang buat menaip sambil pejam mata, taip time tutup lampu pun boleh tinggal tengok skrin monitor/laptop. Skill terbaru aku menaip adalah menaip sambil guna pen, pen tu ganti jari telunjuk tapi still menaip guna 10 jari. Itu ok lagi sebab skill paling mahal aku menaip sambil pegang puntung rokok menyala.  Rokok tu ganti jari telunjuk semasa menaip.

Dalam membuat menaip programming, skill menaip ini banyak membantu aku. Tak ada bazir masa taip cari huruf keyboard kat mana, salah tekan la. Repair keyboard aku pun dah tau hehe.

So, in the future maybe aku akan release ebook atau software sendiri untuk belajar menaip. Bakatku dalam bidang IT bermula dengan kemahiran menaip walaupun diriku bukan bidang IT.

Alhamdulillah, syukur…

Posted by RG

My name is Mohd Rozani Abd Ghani. Call me Rozani or RG. I like to test and modify CMS, theme and plugins. If you have any problems, I will try my best to assist you.

0 comments

  1. uniqika

    ade cara jgak ek ltak jari kt keyboard ni?! slalunya jari hntu standby kt 'A' jer. Jari lain, gerak2 la. practice makes perfect. hehe

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


Top