Salam dan hai,
Sebenarnya tanggungjawab penulis tutorial tidak terhad sekadar menaip. Banyak aktiviti yang melibatkan menulis tutorial seperti brainstorming, drafting, testing, image and video editing dan sebagainya.
Di sini, saya highlight beberapa ciri-ciri atau sifat-sifat yang perlu ada pada seorang penulis tutorial.
1. Kebolehan Diri
Kebolehan diri amat penting bagi membolehkan seseorang penulis tutorial menjadi lebih efisien. Kebolehan diri lebih bergantung kepada usaha keras dan pengalaman yang dilalui oleh penulis tutorial dalam mencuba sesuatu software atau web services sebelum membuat tutorial berkenaan software atau web services.
2. Kesungguhan Menulis Tutorial
Kesungguhan penulis tutorial dapat dilihat melalui gaya bahasa atau nasihat yang disampaikan dalam tutorial. Biasanya tutorial copy paste, ayatnya bersifat sebijik dan ayatnya tidak di synchronize dan tidak memberikan haluan atau mood untuk visitor mengikuti tutorial.
3. Mengenalpasti Golongan Sasaran
Biasanya tutorial bersifat kelompok. Maksud saya tidak semua bersifat universal iaitu sesuai untuk golongan pengguna. Tidak semua pengguna adalah expert atau beginner. Biasanya pengguna beginner perlukan lebih banyak gambar berbanding teks. Teks juga hendaklah disalurkan melalui ayat yang memberikan cara-cara iaitu pengguna tahu mereka berada berada di cara yang nombor berapa.
4. 100% Komitmen
Maksud 100% komitmen adalah penulis harus bertanggungjawab ke atas tutorial yang disampaikan. Jika diajukan soalan, penulis harus mampu menyelesaikan masalah tersebut. Jika tidak mampu, berikan sebab atau cadangkan link yang lebih baik penyelesaiannya. Jika tidak, cari seorang rakan atau sesiapa yang mampu menyelesaikannya dan berterima kasih padanya.
5. Kemaskini Tutorial
Biasanya tutorial dikemaskini setelah tutorial diajukan soalan atau masalah. Sebaik-baiknya tutorial diperbaharui dengan cara yang tepat.
6. Berterima Kasih
Penulis tutorial harus berterima kasih atas komen atau masalah yang diajukan oleh visitor. Cara berterima kasih ini dapat memberikan suntikan semangat baru untuk berkarya menulis tutorial.
7. Bantu Membantu
Bantu membantu tidak semestinya dibuat melalui komen sebaliknya boleh dibuat dalam tutorial itu sendiri. Contohnya, highlightkan perkataan akan muncul di skrin, tambah arrow di gambar. Tutorial jadi menarik jika pengguna dapat faham tutorial melalui gambar sahaja, jadi pengguna dapat mengingat tutorial tersebut dengan lebih lama tanpa melihat tutorial berkali-kali.
8. Praktis Makes Perfect
Cuba atau test tutorial itu berkali-kali supaya penulis tutorial lebih masak akan keadaan yang akan dialami oleh pengguna yang guna tutorial tersebut. Masalah di luar jangkaan mampu diselesaikan jika tutorial sudah dicuba berkali-kali oleh penulis tutorial.
Sekadar ini sahaja yang saya rasakan betul dari diri saya tentang penulisan tutorial. Saya buat berdasarkan mengunjung tutorial yang pernah sayat lawat, pengalaman mengajar software secara face to face termasuk mengajar IT kepada kanak-kanak dan warga emas. Cara pendekatan tutorial adalah hampir sama dengan pengajaran face to face. Walaupun saya bukan dari bidang IT, saya telah dibesarkan dalam environment IT sejak Windows 3.1 lagi. Terima kasih.

selalu tulis tutorial atas permintaan dan tak pernah formal..sebab itu entri tutorial macam entri biasa tak nampak teknikal. Bukan kepakaran tetapi kerana terlalu kerap ditanya ( mgkn org selesa dgn makcik2 ) nak tak nak…kita akan cuba selesaikan…dan cuba mencari jalan menolong
Entry yang bagus untuk mereka yang nak buat tutorial. Feedback kepada comments yang datang memang penting. Kool tips RG!
sokong pendapat neh, haku xberapa reti nak menaip tutorial..tapi atas permintaan rakan2 yg inginkan bantuan haku buatkan satu tutorial untuk mereka walaupun agak tunggang langgang sket…bukan saja dapat membantu dan share tutorial dengan mereka malah orang yg memerlukan juga.. =)