Salam dan hai,
Saya baru sahaja surfing main-main hari ini. Terjumpa pula gambar logo yang hampir sama dari woothemes.com dan juga ninja pendisk.
Woothemes
Sebelum itu, mari kita ketahui apa itu woothemes dan ninja pendisk. Woothemes adalah penjual wordpress theme. Tidak dinafikan banyak themes yang cantik-cantik datang dari Woothemes. Jika mengikut review dari themegrade.com, Woothemes adalah ranking no 2 selepas Elegantthemes yang mengedar wordpress theme berbayar. Analisa ThemeGrade adalah berdasarkan fungsi, grafik dan kod yang digunakan dalam theme.
Bagi yang berminat untuk membeli wordpress theme, sila dapatkan review atau pendapat dari themegrade.com terlebih dahulu. Berdasarkan maklum balas di forum Woothemes, kebanyakan user menghadapi banyak masalah menggunakan Woothemes. Walaubagaimanapun, tech support yang diberikan oleh Woothemes adalah bagus kecuali jika anda spam di forum atau membuat thread berulang, Woothemes tidak akan melayan anda sama sekali.
Yang menarik tentang Woothemes adalah pembelian theme 3 in 1. Maksudnya beli satu theme berbayar kemudian anda diberi 2 lagi Woothemes wordpress theme percuma secara random. Nasib la kalau korang dapat theme apa yang percuma. Jika anda dapat membeli satu theme dari Woothemes, anda akan diberi keahlian selama 1 tahun untuk mendapatkan tech support dan upgrade theme yang telah didownload. Jika keahlian anda sudah expired, anda masih menggunakan theme yang beli dari Woothemes tetapi anda tidak akan mendapat tech support selepas itu.
Jika anda mahu hack theme dari Woothemes sia-sia sahaja kerana kebanyakan themes dari Woothemes sudah mencecah versi 2.0. Jadi, versi 2.0 telah dikodkan berasaskan CSS3 dan HTML5. Jadi, versi sebelumnya belum tentu dapat support CSS 3 dan HTML5.
Ninja Pendisk
Ninja Pendisk merupakan perisian yang mampu detect virus secara minimum dari pendrive. Biasanya Ninja Pendisk hanya mampu detect virus Autorun. Ninja Pendisk menjadi popular selepas munculnya virus Autorun.
Tetapi Ninja Pendisk hanya mampu detect Autorun sahaja sebaliknya Ninja Pendisk belum mampu deleteĀ Autorun bergantung kepada antivirus yang anda install sama ada diupdate atau tidak update atau corrupt. Bila bertemu dengan virus RunAuto (Bukannya Autorun walaupun ejaan hampir), kebanyakan antivirus termasuk Ninja Pendisk (Ninja Pendisk bukan antivirus la) tidak mampu berbuat apa-apa. Pada masa akan datang, saya akan menunjukkan cara buang virus RunAuto.
Siapa Tiru Logo Siapa? Woothemes Atau Ninja Pendisk?
Anda bandingkan gambar di atas. Hampir sama bukan? Dua-dua bertopeng, berdiri sama dan ada tanduk. Bagi saya, kemungkinan Woothemes tiru logo ini dari Ninja Pendisk. Andaian kedua saya, orang yang design logo Ninja Pendisk ini membantu Woothemes design logo. Jadi, mana satu yang lebih cantik? Jawapan di tangan anda.

haha..adik beradik lah tu..tak kisah tiru..kan cute tu..
ok la tu adik beradik. sorang penyamun, sorang lagi perompak. wakaka
ui diorang guna acuan sama la.