Perkara Penting Install CMS Di Localhost Guna XAMPP

Salam dan hai,

Memandangkan XAMPP adalah software yang paling valid selepas WAMP Server, EasyPHP dan Bitnami, saya ingin mengingatkan beberapa perkara penting untuk install CMS di localhost atau cerita mudahnya adalah CMS offline.

Sebelum saya mulakan, berikut adalah CMS yang saya berjaya install di local guna XAMPP.

1. WordPress

2. Joomla

3. Pligg

4.Simple Machine Forum (SMF)

Saya hanya perlukan satu sahaja software XAMPP untuk install CMS. Berlainan dengan Bitnami, Bitnami perlukan satu Bitnami Stack untuk install satu CMS. Maksudnya jika ada 10 CMS jadi kena ada 10 Bitnami.

Perkara Penting Install CMS Di Localhost Guna XAMPP

Kebanyakan CMS sudah cover semua setting yang sama di database cuma kaedah install file adalah berbeza. Kaedah setting database di phpadmin adalah hampir sama untuk semua database CMS.

1. Database

Database adalah perkara paling no 1 yang paling mustahak. Jangan rename nama database dengan sesuka hati. Sebaik-baiknya guna prefix _db di akhir nama jenis cms. Contoh:

wordpress_db

joomla_db

pligg_db

smf_db (Diringkaskan untuk Simple Machine Forum)

2. Memilih localhost

Localhost sebaik-baiknya dipilih dari ruangan menu dengan memilih perkataan “local”. Elakkan menaip perkataan “localhost” secara terus, kemungkinan database tidak run seperti yang sepatutnya.

3. User/Admin

Setiap database mesti ada admin atau user. Sama kaedah seperti no 1, letak nama prefix _user atau  _admin di belakang. Biasanya admin adalah ketua user. So pilih satu sahaja la sebab kita guna offline. Contoh:

wordpress_user atau wordpress_admin

joomla_user atau joomla_admin

pligg_user atau pligg_admin

smf_user atau smf_admin

4. User Priveleges

Priveleges adalah keistimewaan atau kuasa yang dibenarkan untuk user mengawal database. Biasanya “check all” untuk full power mengawal database.

5. Password User

Taip sahaja password seperti biasa dan simpan password itu dan save. Tekan butang “generate password” untuk dapatkan password security. Contoh:

Sebelum Tekan Generate

Kotak Password asal (yang ditaip): 1234

Kotak Password asal (yang nampak ): **** (Password yang ditulis 1234 telah menjadi * sebagai langkah berjaga-jaga)

Kotak Generate Password: <— kosong kerana belum ditekan. Sebaik sahaja masuk password di ruangan kotak password dan kotak retype, barulah tekan Kotak Generate Password)

Selepas tekan generate

Kotak Password: ********** (Menjadi lebih panjang tetapi password tetap sama iaitu 1234)

Kotak Generate Password: ffE7PJJVcV8cvFTT (Ini contoh sahaja)

Selepas itu, save password ini untuk install CMS yang kita kehendaki.

Pendapat dari RG:

1. Ini adalah perkara asas untuk install database CMS untuk mana-mana CMS.

2. Install database CMS adalah perkara awal sebelum install CMS. Kaedah install CMS sama seperti install software di Windows cuma kaedahnya berlainan sedikit.

3. Cuba try install CMS lain untuk mahir install CMS. Untuk beginner try install WordPress sebab wordpress adalah CMS paling mudah untuk install.

Posted by RG

My name is Mohd Rozani Abd Ghani. Call me Rozani or RG. I like to test and modify CMS, theme and plugins. If you have any problems, I will try my best to assist you.

0 comments

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


Top