Teka Siapa Kamen Rider Ini?

Jom teka siapa Kamen Rider ini?

Kamen Rider ni ada 2 attenna macam antena radio. Siap ada selendang lagi. Agak-agaknya mesti Kamen Rider lama zaman 70-an dengan 80-an. Ini spesies belalang mata merah, mata menyala macam lampu brek kereta. Hi hi. Kalau korang peminat Kamen Rider, mesti korang dapat teka siapa rider ni. Kamen Rider tak semestinya pakai selendang 24 jam. (Panas ooo pakai selendang)

Tekaan Pertama

Ini dia Shadow Moon, seorang Kamen Rider yang jahat dalam siri Kamen Rider Black dan Kamen Rider RX. Watak yang memegang sebagai Shadow Moon adalah Nobuhiko Akizuki, abang kepada Kamen Rider Black iaitu Minami Kotaro. Shadow Moon telang menghilang diri setelah ditewaskan oleh Kamen Rider Black lalu muncul semula dalam Siri Kamen Rider Black RX. Selepas itu, Shadow Moon telah dibunuh oleh Kamen Rider Black RX.

Abiliti Shadow Moon ni lebih kurang dalam cerita Star Wars. Maklumlah jalan cerita Kamen Rider Black dan Kamen Rider Black RX adalah berdasarkan fiksyen sains Star Wars. Shadow Moon ni berkeupayaan seperti Dark Vader dan Lord Sith dalam Star Wars.

Shadow Moon muncul semula dalam movie Kamen Rider Decade: All Riders Vs Dai-Shocker. Shadow Moon telah memperalatkan Kamen Rider Decade untuk menewaskan semua Kamen Rider. Tapi malangnya, Shadow Moon mati akibat di “Rider Kick” oleh semua Kamen Rider yang telah ditewaskan oleh Kamen Rider Decade. Kesian, Shadow Moon kena belasah dengan rider lain. Macam mana pun, Shadow Moon favourite aku sepanjang zaman.

Tekaan Kedua

Ini dia Kamen Rider Double. Yea! Kamen Rider terbaru dari Jepun. Kamen Rider Double kalau nak bertukar kena ada dua orang untuk bertukar secara serentak iaitu Shotaro dan Phillip. Cara diorang bertukar pun agak lawak sikit sebab bila Shotaro dan Philip bertukar, salah seorang pengsan dan hanya yang tak pengsan tu yang akan jadi Kamen Rider Double.

Kamen Rider Double satu-satunya Kamen Rider berselendang selepas tahun 2000. Kamen Rider selepas tahun 2000, diorang semua tak pakai selendang. Maybe diorang tak cukup duit nak beli kain kot. Ke ke ke.

Jawapan?

Korang jawablah sendiri, siapa gambar Kamen Rider kat atas. Hanya peminat Kamen Rider yang tahu jawapan sebenar. Adios… Rider Kick!

Posted by RG

My name is Mohd Rozani Abd Ghani. Call me Rozani or RG. I like to test and modify CMS, theme and plugins. If you have any problems, I will try my best to assist you.

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


Top