Trend Penggunaan WordPress Mystique Theme di Malaysia

Salam dan hai,

Selepas membuat blogwalking, saya ada baru perasan pengguna baru WP rata-ratanya lelaki menggunakan Mystique theme. Ada juga pengguna lama WP yang guna Mystique theme.

http://wordpress.org/extend/themes/mystique

http://digitalnature.ro/projects/mystique/

Apa yang sebenarnya best sangat pasal Mystique Theme ni? Sebenarnya layoutnya boleh jadi 2 column atau 3 column. Mystique juga ada sliding footer yang boleh slide banyak kali. Tabbed widget adalah element penting dalam Mystique theme.

Sebenarnya yang paling beset adalah setting lebar widget dan entri boleh dibesarkan atau dikecilkan. Boleh preview dari Admin Panel secara realtime. Bagi saya, layout Mystique hanya sesuai digunakan pada lebar 960 bukannya 100%. Ini mengambil kira jenis screen yang digunakan oleh visitor. Lebar 960 adalah fixed so content seperti entri dan widget tak akan lari dari segi design. Pengguna lebar 100% kurang sesuai sebab layout akan mengisi screen semaksimum mungkin bergantung pada tetingkap browser visitor. Kalau kecik window tu, habislah lari alignment semua benda.

Salah satu keistimewaan dan kelemahan Mystique theme adalah Admin Panel. Admin Panel padat dengan function tetapi page Admin Panel loading lambat.

Mystique sesuai untuk user yang mahu theme simple tetapi mau ada nampak sikit advanced dari theme simple.

Hack theme ini untuk improve theme ini? Tidak mustahil. Tetapi tanggung sendirilah sebab Admin Panel loading lambat jadi kemungkinan besar framework untuk buat theme ni pun agak berat.

Posted by RG

My name is Mohd Rozani Abd Ghani. Call me Rozani or RG. I like to test and modify CMS, theme and plugins. If you have any problems, I will try my best to assist you.

15 comments

  1. Fitrihadi.com

    saya guna mystique gak..erm ada betul gak apa bro cakap tu…tapi nak buat camna..sebab dah suka pakai je la..byk plug in yg siap ada..tak perlu pasang lain2.. apa pun lain orang lain ragam

    sayang gak nak tukar sebab dah byk modi untuk nampak lain dari standard :)
    .-= Fitrihadi.com´s last blog ..Thanks Nuffnang Untuk Cek Kedua Ni :) =-.

    • RG

      best edit theme tu tapi bila version dia naik sedikit macam 2.0 ke 2.1, banyak perubahan, ada leceh sikit

  2. Pingback: Blog Feed Aggregator | Blog Feed Aggregator

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


Top