Salam dan hai,
Rasanya sudah sebulan lebih saya tidak online untuk blogging. Nampak gayanya bulan Mei, saya sedang sibuk menyiapkan thesis sambil bermain game untuk release tension. Rasanya tak bukak blog sendiri atau blogwalking time tu. Sedang sibuk hack journal dan thesis orang lain ketika itu.
Blogging bila saya comparekan dengan menaip thesis dengan journal, sebenarnya tak banyak beza pun. Cuma bezanya blogging, kita taip secara santai while menaip thesis, kadang-kadang tidak berminat dan juga analisis kadang-kadang mengarut. Referencing pun ntah ke mana-mana.
Bila buat thesis, mestilah menaip. Samalah seperti blogging, kena menaip juga. Persamaannya adalah menaip. So, agak tidak sesuailah saya blogging untuk merelease tension selepas menaip thesis walaupun saya menaip agak laju tanpa melihat keyboard. hehe. Pokoknya, saya mau jari saya berehat selepas menaip thesis.
Interest? Menaip untuk thesis atau blog, interestnya agak berbeza. Motivasi untuk menaip untuk blog adalah lebih tinggi berbanding menaip untuk thesis. Cubalah compare speed menaip, mana satu yang lebih laju? Kalau menaip thesis untuk kejar dateline, mestilah kena laju-laju. Walaupun saya menaip laju, saya prefer menaip thesis lebih perlahan sedikit agar ideanya lebih menarik dan lebih flow smooth.
So, dari segi content, content thesis dan blog adalah seperti langit dan bumi. Bila sahaja saya mau blogwalking untuk release tension, idea saya untuk buat thesis jadi kureng. huhu. Sebab saya rasa blogwalking lebih absorb idea banding fikir idea untuk buat thesis. Jadi, mungkin pemikiran saya agak menjadi terpesong bila blogwalking, pastu kena buat thesis. So, jadi saya TIDAK blogwalking untuk release tension.
Game? Mestilah main. Mainlah apa-apa game pun asalkan gamenya ok. Saya prefer game strategy dan juga MMORPG. Game strategy buat masa sekarang, saya sudah tidak berapa main. So, saya prefer game MMORPG seperti Cabal dan Eudemons Online. Main sehingga server down, selepas itu sambung buat kerja. Topup pun apa kurangnya, at least kenalah RM jugak.

Tu la bro..main game ni addict…haha..aku pun kalau internet down baru bukak game…tapi game offline r, sebab tak nak gangu download..