RG Pindah Dari Exabytes Ke DataKL

Salam dan hai,

Sebenarnya saya telah berpindah dari Exabytes ke DataKL pada 25 Jun 2010 yang lalu. Sudah lama saya ingin pindah hosting dan mencari masa yang sesuai untuk berpindah.

Berikutan WP sedang diupgrade ke versi 3.0, saya rasa inilah masa yang sesuai untuk berpindah. Sebelum in, saya menggunakan pakej XStudent dari Exabytes dan sekarang saya beralih ke pakej DataMini dari DataKL.

Sebab pindah? Saya pindah pun sebab storage. Kalau nak upgrade storage di Exabytes agak sakit kepala dari segi kos. Jadi, saya beralih ke DataKL. Kenapa saya perlu pindah? Lazimnya, manusia suka berpindah tempat, jika tidak berpindah tempat, sekurang-kurangnya berpindah barang-barang.

Storage yang lebih besar saya akan gunakan untuk eksperimen theme dan plugin yang saya tweak, modify, godam atau hack untuk melihat compatibility dan stability. Saya mungkin akan membuat beberapa video tutorial. Tetapi, kebanyakan tutorial sudah pun dalam HD, so sizenya agak besar. Sebenarnya, saya sudah tahu compress video menjadi kurang dari 10 MB tetapi kurang HD.

Banyak cakap pulak aku kali ini. Jadi, secara official, saya RG sudah berpindah ke DataKL. Yata!

Posted by RG

My name is Mohd Rozani Abd Ghani. Call me Rozani or RG. I like to test and modify CMS, theme and plugins. If you have any problems, I will try my best to assist you.

0 comments

  1. Frantz-Senpai

    oh, igtkan sebab servis kualiti tadi, rupanya space. laen kali klau nak tukar, roger la dulu eh. Aku ader server kat Exabytes 20Gb/200Gb, untuk kongsi2 dengan orang laen…

    • RG

      Ko buat server apa? Berapa modal habis untuk storage? Bantai buat server upload torrent best jugak.

      • Frantz-Senpai

        tak eh… aku ter-accident bli tahun lepas, dengan rawanaz hosting. RM90 setahun, all unlimited, space 20Gb, 200Gb bandwidth. Lepas tuh, rawanaz pun tutup, exa amik. So, aku la yang dpt benefit dia… kui3. Blog2 aku sume kat baitulbytes, 5Gb space, 100Gb bandwidth, all features 99. Exa tuh hosting sedekah je bro… aku dah offer dah kat beberapa orang blogger… kalau nak pakai, valid 6 bulan je la tapi kalau extend pun, atas budi bicara aku nie ler

  2. donny

    Selamat pagi bro Rozani.
    Aku gak customer Exabytes.Means DataKL lebih murah dari Exa ye?Aku baru nak bercadang upgrade hosting plan aku kpd yg lebih besar.skrg baru guna 2000MB.

  3. hairulamran

    Salam. Nanti kalau lapang dan senang bolehla buat sikit tutorial camna nak pindahkan hosting tu ye.. Saya ada blog yang host kat T&N tapi dalam seminggu mesti ada 2-3 kali down. Baru2 ni Hostemo ambik. Tapi mahal woo.. So kalau ada tutorial ni bolehla berpindah rumah ke hosting yang best sket.

    • RG

      Saya fikir nak siasat buat comparison RAM yang DataKL dan Exabytes gunakan. Nak tengok memory exhausted.

  4. myFirdaus

    urmmm… lain orang, lain pendapat mengenai hosting company…. bagi aku yang dh terbiasa dngan Exa sjak 2006, aku rase ok jer… x de problem pon… 300Gb just about rm280++

    • RG

      lama juga awak guna exabytes. patutlah awak ada iklan Exabytes senyum. Dah dapat kupon Starbucks belum?

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


Top