Projek RG Bulan Ramadhan 2010

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa,

Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling sesuai untuk meningkatkan ibadah dan juga memberikan lebih komitmen untuk bekerja pada siang hari sebagai ibadah.

Bagi mengisi kekosongan di bulan Ramadhan, saya ada beberapa projek berkenaan pembangunan web yang dibangunkan terutamanya WordPress. Harap maaf kerana saya agak mengetepikan blogspot tetapi saya akan mencari koding yang sesuai diapplikasikan ke dalam Blogspot sebagaimana diapplikasikan ke dalam WordPress.

1. Meniru Theme atau Layout
Buat masa ini, ada dua theme yang bagi saya agak menarik untuk ditiru seperti theme RedMudah dan juga Mashable. Sebabnya theme berikut adalah ringkas dan menarik serta dilihat sebagai professional. Theme ini jika digunakan, pelawat atau pengunjung blog pastinya tidak membezakan pengguna blog itu sama ada newbie, average atau pro user. Apa yang saya buat ialah menggunakan theme yang bersifat minimal dan simpe seperti theme Kubrick dan kemudian saya transformkan theme tersebut kepada theme RedMudah dan Mashable.

2. Mengurangkan Atau Maintain Penggunaan Plugin Sebaliknya Menyumbat Plugin Ke Dalam Theme
Mengurangkan penggunaan plugin tidak semudah deactivate atau delete plugin. Ada sesetengah plugin seperti Akismet, Comluv, Top Commentator dan sebagainya sering digunakan. Bagi WordPress, setiap plugin akan loading pada setiap page blog walaupun kita tidak nampak plugin itu fungsi di depan mata seperti Akismet.

3. Theme atau Speed Optimization
Perkara paling mustahak yang akan saya lakukan pada bulan ini. Theme optimization adalah untuk memastikan blog loading pantas dan lancar. Saya akan elakkan menggunakan plugin yang melibatkan theme atau speed optimization.

4. Menggurangkan panggilan HTTP
Panggilan HTTP sebenarnya adalah memanggil atau mendapatkan file seperti php, gambar dan sebagainya ketika meng access sesebuah page blog. Memandangkan line internet dan kurangnya CDN services di Malaysia, file seperti php dan js sepatutnya saiznya maksimum pada 10kb sahaja. Ini kerana file php 10kb sudah mengandungi coding yang dianggap panjang. Coding seperti function, if dan seupamanya akan memakan masa loading. File php 10kb dan file gambar 10kb, jika dibandingkan, gambar loading lebih laju.

Ini serba ringkas projek yang saya akan lakukan tetapi sebenarnya lebih banyak lagi saya akan lakukan.

About RG

My name is Mohd Rozani Abd Ghani. Call me Rozani or RG. I like to test and modify CMS, theme and plugins. If you have any problems, I will try my best to assist you.
This entry was posted in Projek RG and tagged . Bookmark the permalink.

13 Responses to Projek RG Bulan Ramadhan 2010

  1. ST says:

    kalo dah siap nanti nak kuarkan theme sendirik ker ? best tu :)

  2. Wan Perlis says:

    projek baik ni
    page load mmg penting.sebab tu kita perlu kurangkan plugins yg tidak perlu

  3. yoy says:

    buat theme smart2..bg aku gune..hehe

  4. a’ah betul tu..kena pentingkan pembaca..kalau lambat loading masalah gak..

  5. zik says:

    wah… best2 … aku nak try gak nanti… :-)

  6. mancai says:

    projek menarik ni bro… aku sokong 100%… bila ntah aku berkesempatan nak buat macam ni… huhuhuh

  7. nnti kalu berjaya buat speed loading laju tanpa guna plugin, sila share kat aku sekali..

  8. zoul says:

    Buat cantik2 pastu share kan kat sini .. hi hi boleh aku download.

  9. XN says:

    kalau projek siap, gtau. nak jadik beta tester nie. kalau bab2 nak kurangkan http request, images tuh gabung sekali, buat css sprite. terbukti dlm bab2 nak kurang http request. kalau bab2 plugin, kne ader plugin cache khas utk bahagian sidebar.

    masalah bg blogger2 kita ialah addict dengan ads, so ads tuh bnyk makan load sbb dia request ke server lain. so caranya, cache ads tuh.

  10. Semoga berjaya.

    By the way, komuniti-blogger kini kembali beroperasi, maaf sekiranya mengganggu usaha saudara untuk membuat social bookmark komuniti-blogger.

    Database tidak dapat diselamatkan atas kesilapan saya sendiri,jemput saudara mendaftar kembali ya.

    salam :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>